Industri pertanian di Kundasang, Sabah tidak terkecuali terkena tempias Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lambakan sayuran dan buah-buahan jelas pada ketika itu. Jika tidak bijak ambil langkah, sudah pasti petani moden yang dijadikan profesyen itu akan malap.
Bagi Azizul Julirin, dia tidak mahu menjadikan pandemik COVID-19 dan PKP alasan untuk menutup perniagaan Eko-pelancongan menerusi Kundasang Aqua Farm.
Dengan pantas, Azizul mengadaptasi normal baharu bagi memastikan perniagaannya dan para petani konvensional yang lain tidak terkubur.
"Bagi saya sendiri, saya ambil tindakan drastik dengan mengurangkan operasi dan memberi fokus kepada satu-satu jenis tanaman mahupun sayuran sahaja," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Bukan itu sahaja, Azizul bersama beberapa rakannya menggunakan media sosial dalam mempromosikan kira-kira 20 jenis sayur segar.
Lebih menyeronokkan katanya, apabila hasil tananam itu boleh dihantar terus kepada pengguna akhir tanpa menggunakan orang tengah.
"Kami aktif menjalankan pemasaran di sosial media dan hasil maklum balas ia sangat positif.
"Segala tempahan pengguna terutama mereka di kawasan perumahan berkepadatan tinggi dihantar menggunakan khidmat penghantaran.
"Jika sebelum ini, kami menjual kepada orang tengah secara pukal sebelum diedarkan kepada pemborong dan akhirnya pengguna. Dengan cara ini, urusniaga terus daripada petani, penghantar dan pengguna," katanya.
Melihat kepada perkembangan sektor khidmat penghantaran itu, Azizul mempunyai rancangan dan misi ke hadapan selain menuju ke arah mencipta aplikasi dalam talian bagi produk sayuran.
Dengan itu, kebergantungan kepada orang tengah dapat dihapuskan sekali gus pengguna akhir menikmati sayuran segar dengan murah dan pantas.
Assim Hassan
Wed Jun 24 2020
Azizul optimis mahu menghasilkan aplikasi pembelian sayur segar di masa depan. - Foto Astro AWANI
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
PRU15: Petani Ke Parlimen - Misi besar digalas petani moden, Azizul Julirin di Ranau
Lima teras utama, meliputi 32 strategi ditawarkan dalam manifesto bagi penduduk di Ranau.
PRN Sabah: Jadikan pertanian satu perniagaan
Projek tanaman agroponik ubah kehidupan Azizul Julirin sebagai petani moden.
Normal Baharu: Pantas adaptasi sosial media bantu industri pertanian
Azizul Julirin, dia tidak mahu menjadikan pandemik COVID-19 dan PKP alasan untuk menutup perniagaan Eko-pelancongan menerusi Kundasang Aqua Farm.